awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh pelajar diserang histeria di Pokok Sena

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/08/2015
12:31 MYT
Kecoh pelajar diserang histeria di Pokok Sena
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang tadi ketika semua pelajar sedang mengikuti pengajian di kelas masing-masing. - Foto Astro AWANI
Sesi pembelajaran di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena, Kedah hari ini terganggu bila hampir 30 pelajar perempuan di sekolah berkenaan diserang histeria.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang tadi ketika semua pelajar sedang mengikuti pengajian di kelas masing-masing.
Ia membabitkan pelajar tingkatan dua, tiga dan empat yang sedang belajar di tingkat dua dan tiga bangunan sekolah.
Insiden itu dikatakan bermula dari tingkat atas sekolah melibatkan seorang pelajar tingkatan empat yang terlihat satu lembaga di dalam kelas sebelum kejadian sama merebak ke pelajar lain yang menetap di tingkat bawah bangunan sekolah.
Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa menghentikan sessi pembelajaran lebih awal bagi membantu memulihkan pelajar-pelajar yang terlibat.
Pihak guru dan persatuan ibu-bapa dan guru (PIBG) sekolah bertungkus lumus mententeramkan keadaan yang tidak terkawal bila ramai pelajar dirasuk dan menjerit-jerit.
Menurut Pengerusi PIBG sekolah, Yusof Ishak ketika dihubungi berkata, pelajar yang terlibat dibawa ke surau sekolah untuk menjalani proses pemulihan menerusi bacaan Surah Yassin sebelum semua pelajar berjaya di tenangkan dan dibawa pulang waris masing-masing.
Topic Berkaitan
#histeria
#lembaga
#murid
#pokok sena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan