awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah siasat pelajar sekolah menengah dipercayai terlibat pemikiran ekstrem

Bernama
Bernama
07/09/2020
14:31 MYT
Kedah siasat pelajar sekolah menengah dipercayai terlibat pemikiran ekstrem
Najmi berkata kerajaan negeri bersama pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan polis untuk membanteras ideologi melampau itu.
Kerajaan negeri Kedah sedang menyiasat beberapa pelajar sekolah menengah terutamanya beraliran agama di negeri ini yang dipercayai terlibat dengan pemikiran ekstrem, agak terpesong daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang meneliti perkembangannya.
"Saya ambil serius perkara ini kerana mula (dipercayai) menyerap masuk ke dalam sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Najmi berkata kerajaan negeri bersama pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan polis untuk membanteras ideologi melampau itu termasuk mempergiat risikan mengenal pasti cara fahaman itu disebarkan.
"Setakat ini terkawal, tetapi kita kena ambil tindakan awal...Saya akan lanjutkan perbincangan dengan pihak keselamatan," katanya.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan penularan fahaman liberal yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang didakwa berkembang agresif menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#kerajaan
#media sosial
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pelajar
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan