awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tangguh PKPB, teliti syarat dan garis panduan - Mukhriz

Bernama
Bernama
02/05/2020
21:10 MYT
Kedah tangguh PKPB, teliti syarat dan garis panduan - Mukhriz
Mukhriz berkata penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa. -Bernama
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.
"Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus COVID-19.
"Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Mukhriz berkata kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.
Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah.
Dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB mulai Isnin ini di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
#koronavirus
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#Penangguhan
#penjarakan sosial
#Perdana Menteri
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan