Kegagalan SOP jejas sistem penyampaian perkhidmatan awam -- EAIC

Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dikompromi kerana kegagalannya akan memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kata Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bak
Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) tidak boleh dikompromi kerana kegagalannya akan memberi kesan langsung kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kata Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Ismail Bakar.
Beliau berkata keadaan itu juga boleh membuka ruang kepada kebocoran, ketirisan serta kelompongan dalam sistem pentadbiran.
“SOP wajib dipatuhi secara konsisten dan tidak boleh dikompromikan, selain perlu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa agar kekal relevan, berkesan serta mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.
“Pada masa sama, ia turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tahap integriti pelaksanaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam konteks agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan awam, beliau berkata sebarang kelemahan dalam pelaksanaan SOP, termasuk proses pemberian kelulusan atau lesen serta pelaksanaan tugas penguatkuasaan seperti pengurusan tahanan dan operasi di lapangan, boleh menjejaskan keberkesanan sistem serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

