awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi

Bernama
Bernama
13/04/2024
09:00 MYT
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian. -JBPM
KUANTAN: Kegembiraan sebuah keluarga meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok sebelum terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu, Raub, hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa yang juga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata terdapat empat orang termasuk pemandu dalam kereta berkenaan dan dalam perjalanan pulang dari Kampung Lechar, Raub ke Petaling Jaya selepas meraikan Aidilfitri.
"Hasil siasatan awal mendapati, pemandu yang merupakan bapa mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok sehingga menyebabkan kereta berkenaan terbakar.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di hadapan terperangkap dan bapanya cuba untuk menarik keluar, namun gagal menyebabkan mangsa terbakar bersama kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata bapa mangsa seorang pesara, Yunus Hassan, 66, mengalami cedera ringan, isterinya, Ainar Ibrahim, 61, (cedera di bahagian kaki) manakala abang mangsa, Muhammad Nazmi Yunus, 29, mengalami cedera di leher dan kesemuanya dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan.
Mohd Shahril berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Jalan Ulu Gali-Jelu
#Nurul Izati Yunus
#Yunus Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan