awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/03/2024
08:00 MYT
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kontrak terdahulu bersama Ocean Infinity bagi pencarian MH370 telah ditamatkan pada 2018. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu beliau dijangka bertemu dengan syarikat Ocean Infinity pada awal Mei ini untuk mendengar pembentangan cadangan bagi menyambung pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines.
Anthony berkata, selepas mendengar pembentangan syarikat tersebut, Memorandum Jemaah Menteri akan dibuat bagi mendapatkan kelulusan Kabinet untuk komitmen kontrak ‘no cure, no fee’.
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan.
“Namun begitu, ada komitmen... kerana kalau kita nak masukkan satu kontrak, mereka jumpa (pesawat MH370) kita kena bayar (kos pencarian).
“Jadi, ada komitmen dan implikasi kewangan. Maka itu memerlukan kelulusan Kabinet.
“Tetapi setakat ini kita tunggu dulu kertas cadangan daripada Ocean Infinity termasuk di kawasan mana mereka nak cari dan sebagainya. Selepas itu kita akan buat Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan Kabinet,” katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Initiatif Tambah Baik Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pada 3 Mac lalu, beliau dilapor berkata akan berusaha sedaya upaya mendapatkan kelulusan daripada Kabinet secepat mungkin bagi menandatangani kontrak baharu bersama syarikat Ocean Infinity untuk menyambung pencarian pesawat MH370.
Kontrak terdahulu bersama Ocean Infinity bagi pencarian MH370 telah ditamatkan pada 2018.
Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun dilapor hilang daripada skrin radar dua jam kemudian.
Pada 29 Mei 2018, Ocean Infinity, yang merupakan syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, mengesahkan misi pencarian bangkai pesawat MH370 yang hilang telah berakhir.
Topic Berkaitan
#MH370
#Anthony Loke
#OCEAN INFINITY
#sambung pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan