awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian sejadah, telekung berdiri gemparkan penduduk Sik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/04/2017
05:28 MYT
Kejadian sejadah, telekung berdiri gemparkan penduduk Sik
Penduduk di sekitar kawasan Jeneri, Sik, gempar seketika ekoran kejadian kain sejadah dan telekung tiba-tiba berdiri tegak. - Foto Astro AWANI
Penduduk di sekitar kawasan Jeneri di sini gempar seketika susulan kejadian kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat.
Kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.
Kata Zahrizan pada awalnya, dia sedang membentangkan sejadah untuk menunaikan solat dan masuk seketika ke dalam bilik untuk menyarungkan kain (telekung).
Bagaimanapun, sebaik keluar daripada bilik, dia terkejut melihat sejadah dan kain telekungnya berdiri tegak seolah-olah orang sedang bersolat.
 Insiden sejadah, telekung berdiri gemparkan penduduk - Foto Astro AWANI
Insiden sejadah, telekung berdiri gemparkan penduduk - Foto Astro AWANI
Dia yang terkejut lalu memanggil kelima-lima anaknya bagi memaklumkan kejadian aneh itu.
Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.
Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.
"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.
Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid (baju biru) yang secara kebetulan berada di kampung terbabit turut menyaksikan kejadian. – Foto Astro AWANI
Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid (baju biru) yang secara kebetulan berada di kampung terbabit turut menyaksikan kejadian. - Foto Astro AWANI
Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#Jeneri
#Sejadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan