awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitiri - Anthony Loke

Bernama
Bernama
06/04/2023
04:34 MYT
Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitiri - Anthony Loke
Banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan. - Fail/BERNAMA
SEPANG: Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.
Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.
"Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekerapan penerbangan
#Aidilfitri
#Anthony Loke
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan