awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow

Bernama
Bernama
24/05/2024
12:34 MYT
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Chow berkata, Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
"Pihak Speaker DUN telah dimaklumkan berhubung perkara ini (kematian dan kekosongan DUN Sungai Bakap) dan seterusnya Setiausaha DUN akan memaklumkannya kepada SPR," katanya kepada pemberita selepas pengebumian Nor Zamri di Tanah Perkuburan Sungai Acheh di sini, hari ini.
Chow yang mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Zamri dan berharap pihak keluarga bersabar dengan kehilangannya.
"Kita baru kenal selepas Pilihan Raya Negeri (PRN Pulau Pinang) Ogos lalu dan sempat bersidang sekali sahaja. Namun kita menerima hakikat (terhadap kematian ini)," katanya.
Terdahulu, Chow memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di rumahnya dan menyantuni ahli keluarga Nor Zamri sebelum jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh di sini kira-kira 6.30 petang ini.
Allahyarham, 56, meninggal dunia kira-kira1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.
Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.
Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bertanding pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Bakap
#kekorongan kerusi
#ADUN
#SPR
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan