awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

Bernama
Bernama
13/07/2017
12:53 MYT
Kelantan punyai prerogatif lulus RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Perkara ini adalah prerogatif kerajaan negeri. Jika anggota-anggota DUN Kelantan meluluskan usul tersebut maka ia terpakai di negeri tersebut.
"Terpulang pada negeri masing-masing apa yang dibawa dan dibahas di DUN masing-masing," katanya mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan dalam sidang DUN Kelantan semalam.
Pindaan tersebut akan membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai dan perkara lain yang terkandung dalam enakmen tersebut ialah memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untukmelaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan di Parlimen.
Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tasek Bandar Penawar di sini hari ini.
Sementara itu, beliau gembira sambutan memberangsangkan masyarakat Felda pada majlis rumah terbuka berkenaan sekali gus jelas menunjukkan penduduk tanah rancangan di negeri ini positif dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apa yang diharapkan sokongan berkenaan akan berterusan diberikan kepada kerajaan BN sehingga selepas pilihan raya umum nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002
#Kelantan
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan