awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan, Terengganu mula bersekolah esok

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
15:00 MYT
Kelantan, Terengganu mula bersekolah esok
Datuk Radzi Jidin berkata, pembukaan sekolah di setiap negeri berkenaan adalah secara berperingkat dan tidak membabitkan semua murid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua negeri kumpulan A iaitu Terengganu dan Kelantan manakala di Kedah hanya melibatkan Pulau Langkawi akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada Ahad.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pembukaan sekolah di setiap negeri berkenaan adalah secara berperingkat dan tidak membabitkan semua murid.
"Pembukaan sekolah di Terengganu, Kelantan dan di Langkawi bermula esok adalah secara berperingkat. Tidak semua murid perlu hadir ke sekolah esok.
"Ibu bapa juga perlu peka terhadap Fasa PPN di negeri masing-masing serta fasa persekolahan anak-anak mereka bagi memastikan proses anak-anak ke sekolah berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Mereka juga disarankan mengikut ketetapan pelan komprehensif pengoperasian sekolah seperti diumumkan KPM sebelum ini," katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Radzi berkata, pihak sekolah perlu memastikan aspek pengudaraan di dalam kelas di samping bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) sentiasa dalam keadaan baik sepanjang sesi persekolahan.
Katanya, fokus sama perlu diberikan terhadap kawasan pejabat dan bilik guru.
"Saya berharap pengetua dan guru besar dapat memastikan sesi persekolahan esok berlangsung dalam keadaan teratur dan selamat.
Topic Berkaitan
#sesi persekolahan
#Kelantan
#terengganu
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan