Kelantan umum 19 Mac cuti kelepasan am sempena Aidilfitri

Menteri Besar Kelantan berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

