awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital

Bernama
Bernama
31/01/2025
13:45 MYT
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
S Pannir, 51, bapa kepada P Jagdesshraj, 21, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.- Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Ibu bapa seorang tahanan di Pusat Koreksional Johor Bahru, Ulu Choh, Pontian meminta penjelasan pihak berkuasa mengenai keadaan kesihatan anak lelaki mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, minggu lepas.
S Pannir, 51, bapa kepada P Jagdesshraj, 21, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
Menurutnya mahkamah memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak hadir kerana dimasukkan ke wad hospital.
"Saya difahamkan Jagdesshraj dibawa ke hospital pada 20 Jan namun dibawa pulang semula ke penjara reman sebelum tahanan lain mendesak pihak penjara menghantar semula anak saya ke hospital untuk dapatkan rawatan.
"Saya dimaklumkan dia dibawa semula ke hospital pada 21 Jan. Saya dapat kebenaran melawatnya pada 23 Jan. Saya dan isteri A Shanti, 51, nampak keadaannya agak kritikal namun kami tidak tahu apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri peguam keluarga Dinesh Muthal.
Sementara itu, Dinesh berkata pihak keluarga hanya ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Jagdeeshraj kerana sudah seminggu lebih ditahan di hospital dengan dipantau tiga pegawai penjara.
"Sehubungan itu, saya mewakili keluarga meminta penjelasan pihak berkuasa tentang apa yang berlaku kepada Jagdeeshraj kerana sampai sekarang keluarga tidak dimaklumkan mengenai apa-apa yang berlaku," katanya.
Jagdesshraj ditahan pada 2023 atas kesalahan jenayah berat kemudian dilepaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula tahun yang sama di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahanan
#dimasukkan ke Hospital
#penjelasan
#P Jagdesshraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan