awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelulusan pembangunan telekomunikasi di Sarawak perlu disegerakan - Julaihi

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
17/02/2022
12:02 MYT
Kelulusan pembangunan telekomunikasi di Sarawak perlu disegerakan - Julaihi
Agensi terlibat perlu duduk semeja bagi berbincang serta meneliti pelan pembangunan telekomunikasi di Sarawak, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi. - Gambar Astro AWANI
KUCHING: Bagi mempercepatkan usaha pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak, lokaliti yang telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diluluskan segera.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, perkara itu antara elemen utama yang perlu dibincangkan dengan teliti antara kerajaan Pusat dan Negeri untuk memastikan pelan telekomunikasi yang dirancang berjalan dengan lancar.
Justeru katanya, perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas bersama SKMM dan beberapa agensi negeri berkaitan antaranya Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) minggu depan.
“SKMM sudah ada peruntukan dan mengenal pasti lokasi tertentu untuk membina setiap tapak menara telekomunikasi ini namun tapak ini perlu mendapatkan kelulusan yang segera bagi memastikan program infrastruktur yang dirancang SKMM, SDEC, dan SMA dapat dipercepatkan.
“Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak akan mengadakan mesyuarat bersama agensi ini yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama agensi yang lain,” katanya dalam satu sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke SDEC CENTEXS pada Khamis.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkongsi satu ciapan di Twitter mengesa agar kerajaan negeri dan SKMM berbincang mengenai isu capaian internet melibatkan penduduk yang tinggal di Rumah Panjang Suing, Teberu Ulu Kemalih, Entabai Pakan di bahagian Sarikei.
“Saya amat bersimpati dengan apa yang beliau harus lalui, namun kagum dengan ketabahan beliau. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN).
“Saya telah mengarahkan MCMC untuk berhubung dengan SRBN supaya masalah ini dapat ditangani,” katanya dalam ciapan tersebut.
Dalam pada itu Sarawak mensasarkan capaian internet dengan kelajuan data sekurang-kurangnya 4G mencapai 93.6 peratus di seluruh negeri menjelang penghujung tahun 2022.
Setakat ini, sejumlah 286 menara telekomunikasi di bawah SDEC telah siap dibina, sementara 14 buah menara telah siap dipasang dengan peralatan untuk sistem komunikasi beroperasi dan selebihnya dijangka siap dipasang dengan peralatan bulan Jun tahun ini.
Topic Berkaitan
#SKMM
#Pembangunan internet
#infrastruktur telekomunikasi
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan