awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan beri peringatan jaga etika pengamal perubatan

Bernama
Bernama
01/09/2015
07:12 MYT
Kementerian Kesihatan beri peringatan jaga etika pengamal perubatan
Seorang doktor seharusnya menjaga etika dan rahsia pesakit, tidak boleh menghebahkannya. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan nota peringatan kepada semua doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan supaya menjaga etika mereka sebagai pengamal perubatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan doktor kerajaan menjaga disiplin serta tatasusila mereka dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan pesakit mereka.
"Seorang doktor seharusnya menjaga etika dan rahsia pesakit, tidak boleh menghebahkannya," katanya ketika diminta mengulas mengenai seorang doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Baharu, Johor baru-baru ini.
Mengulas lanjut, katanya tindakan terhadap doktor terbabit adalah bergantung kepada siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Klinik 1Malaysia Krubong di sini yang mula beroperasi pada 3 Ogos lepas dan merupakan Klinik 1Malaysia yang ke-19 di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti cadangan pembangunan hospital baharu di negeri ini.
"Kita sedang ambil perhatian mengenai permohonan ini dan kita akan cuba bantu untuk bangunkan hospital baharu ini," katanya.
Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini memohon pembinaan hospital baharu menggantikan Hospital Melaka yang berusia lebih 80 tahun.
Topic Berkaitan
#doktor kerajaan
#Hilmi Yahaya
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#pesakit
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan