awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan sita 19,960 epal Gala, Granny Smith di Sarawak

Bernama
Bernama
18/01/2015
07:06 MYT
Kementerian Kesihatan sita 19,960 epal Gala, Granny Smith di Sarawak
Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher.
Kementerian Kesihatan setakat ini telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat itu dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes".
"Di negara ini hanya Sarawak mengimport epal dari syarikat itu dan tiada kes penyakit listeriosis dikesan setakat ini," katanya ketika menghadiri kenduri doa selamat untuk mangsa ribut di sini hari ini.
Menurut beliau, usaha proaktif memantau penjualan epal jenis berkenaan akan diteruskan sehingga isu itu selesai sepenuhnya.
Beliau menasihati orang ramai yang termakan epal berkenaan supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Hilmi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, berkata antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher.
"Masyarakat diminta jangan panik kerana bukan semua epal bahaya hanya epal dari syarikat itu sahaja dikhuatiri tercemar," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.
Topic Berkaitan
#epal
#Gala
#Granny Smith
#listeriosis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan