awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Komunikasi dalam proses pinda Akta Perkhidmatan Pos 2012 - Fahmi

Bernama
Bernama
09/10/2025
12:45 MYT
Kementerian Komunikasi dalam proses pinda Akta Perkhidmatan Pos 2012 - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Redly Pos Malaysia International sempena Hari Pos Sedunia 2025 di Pusat Mel Nasional, Persiaran Perkilangan Seksyen 21 hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi sedang dalam proses meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 bagi memastikan ekosistem perkhidmatan pos yang lebih lestari, mampan, berdaya saing selain menjamin kebajikan pekerja terpelihara.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, pihaknya telah menerima draf awal laporan daripada pihak konsultan yang menjalankan kajian mendalam bersama pemain industri mengenai industri dan perkhidmatan penghantaran.
Beliau berkata mesyuarat bersama pihak terbabit telah diadakan kira-kira dua minggu lepas dan pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk diteliti dengan lebih mendalam sebelum merangka pindaan kepada akta berkenaan.
"Akta Perkhidmatan Pos digubal pada 2012, pada waktu itu kita belum meluluskan jumlah pemegang lesen (penghantaran) yang begitu banyak seperti yang kita saksikan pada hari ini.
"Pada waktu itu juga belum ada lambakan platform e-dagang yang telah mendatangkan satu kesan kepada ekosistem Pos Malaysia," kata beliau.
Fahmi berkata beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta itu bagi menjamin kelestarian ekosistem industri penghantaran termasuk memastikan beberapa cabaran dari segi perundangan dapat diuruskan dengan lebih baik.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pertengahan tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian komunikasi
#dalam proses pinda akta
#Akta Perkhidmatan Pos 2012
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan