awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan perkenal modul baharu, perkasa nilai insaniah dan adab

Bernama
Bernama
09/04/2026
03:15 MYT
Kementerian Perpaduan perkenal modul baharu, perkasa nilai insaniah dan adab
Aaron berkata setiap individu memainkan peranan penting sebagai ejen perpaduan dalam membina masyarakat yang saling memahami, menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. - Gambar fail
Kementerian Perpaduan Negara akan memperkenalkan Modul Pendayaupayaan Keharmonian Merentas Agama dan Budaya sebagai inisiatif berterusan bagi memperkasa penerapan nilai insaniah, adab serta budi pekerti dalam kalangan masyarakat.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan modul tersebut akan diperkenalkan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
"Dalam usaha berterusan memperkukuh pemahaman antara agama di negara ini, Kerajaan MADANI menekankan komitmen yang teguh untuk memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara dan diperkasakan.
"Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian agama, kaum dan etnik. Kepelbagaian ini bukan sekadar realiti sosial, malah merupakan aset terbesar negara yang menjadi asas kepada kekuatan dan kestabilan nasional," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata modul itu dibangunkan secara komprehensif sebagai rujukan utama kepada pegawai agensi kerajaan, selain boleh dimanfaatkan oleh sektor swasta serta masyarakat umum.
Beliau berkata ia dirangka dengan pendekatan yang lebih dinamik dan berimpak tinggi melalui penggunaan kaedah komunikasi yang inklusif serta sensitif budaya.
"Modul ini turut menekankan elemen latihan praktikal berasaskan situasi sebenar dalam komuniti bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam serta aplikasi yang berkesan di lapangan.
“Prinsip ‘Faham, Hormat, Terima dan Meraikan’ pula perlu dijadikan panduan dalam kehidupan seharian rakyat sebagai teras kepada pembinaan integrasi nasional yang utuh,” katanya
Aaron berkata setiap individu memainkan peranan penting sebagai ejen perpaduan dalam membina masyarakat yang saling memahami, menghormati dan mempercayai antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perpaduan
#modul
#Aaron Ago Dagang
#perpaduan
#adab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan