awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Sumber Manusia sedia ambil alih proses kemasukan pekerja asing - Kula Segaran

Aida Aziz
Aida Aziz
09/11/2019
06:53 MYT
Kementerian Sumber Manusia sedia ambil alih proses kemasukan pekerja asing - Kula Segaran
SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja, kerana Kementerian Sumber Manusia lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kementerian Sumber Manusia bersedia mengambil alih semula proses kemasukan pekerja asing yang ketika ini dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menterinya M Kula Segaran berkata pihaknya menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat sebarang keputusan berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
"Kabinet akan membuat keputusan itu. Ia satu cadangan oleh SPRM. Kita boleh tengok apa yang boleh buat. Terpulang kepada Kabinet untuk mengarahkan saya, mengambil alih, saya ambil alih," katanya ketika ditemui di Program Penyerahan Mesin Dialisis kepada Pusat Dialisis Bercham di sini, hari ini.
Kula segaran berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pada Rabu, yang mencadangkan proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan KDN dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Latheefa dipetik sebagai berkata, SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja, kerana Kementerian Sumber Manusia lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#kabinet
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#M Kula Segaran
#Malaysia
#Menteri Sumber Manusia
#pekerja asing
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan