awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Pemilikan Rumah untuk semua pembeli antarabangsa, bukan China sahaja - Zuraida

Bernama
Bernama
23/09/2019
08:34 MYT
Kempen Pemilikan Rumah untuk semua pembeli antarabangsa, bukan China sahaja - Zuraida
Zuraida berkata, Kempen Pemilikan Rumah bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual. - Gambar fail
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengulangi pendiriannya bahawa cadangan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi rumah mewah yang tidak terjual, terbuka kepada semua pembeli antarabangsa dan bukan pembeli dari China sahaja.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen tersebut bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual.
"Saya perlu perbetulkan kerana mereka terus mengatakan ia (HOC) untuk pembeli dari China, ia tidak benar, kami menawarkan kepada semua pembeli antarabangsa yang menyertai (program) Malaysia Rumah Keduaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, di sini hari ini.
Zuraida dalam pada itu berkata, semua Ketua Setiausaha bagi tiga kementerian iaitu kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membincangkan pelaksanaan kempen berkenaan.
"Kami akan bertemu untuk berbincang kaedah seterusnya sama ada kami boleh menggunakan platform ini untuk membantu menjual rumah-rumah mewah yang tidak terjual. Jadi, perkara ini masih pada peringkat awal perbincangan dan kita akan melihat saranan mereka," katanya.
Pada 16 September lepas, Zuraida dilaporkan berkata, penganjuran kempen pemilikan rumah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, dengan penjualan rumah mewah tidak terjual itu, kerajaan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara sekali gus membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan di negara ini termasuk kategori rumah mampu milik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#HOC
#kempen pemilikan rumah
#rumah mewah
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan