awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuka tuntutan palsu, dua lagi pemilik syarikat direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/01/2022
05:22 MYT
Kemuka tuntutan palsu, dua lagi pemilik syarikat direman
Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.
ALOR SETAR: Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail selama enam hari bermula hari ini terhadap dua individu berusia 37 dan 51 tahun itu.
Dengan ini jumlah yang direman adalah 17 orang sementara lapan lagi dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua mereka merupakan antara 25 individu ditahan bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam, Astro AWANI melaporkan empat lagi individu termasuk pemilik syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan.
Menurut sumber, empat individu berkenaan berusia antara 37 hingga 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah, selepas hadir memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi melayakkan syarikatnya memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Topic Berkaitan
#dua pemilik syarikat
#kemuka tuntutan palsu
#penyata akaun bank
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan