awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera

Bernama
Bernama
20/03/2026
03:16 MYT
Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak, dua pengiring cedera
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok pada Khamis. - Gambar Polis Diraja Thailand
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Narathiwat, Kamolsak Leewamo ditembak di kediamannya awal pagi tadi, sejurus beliau pulang dari sidang Parlimen di Bangkok pada Khamis.
Ketua Polis Bacho, Wisan Rakmak berkata, Kamolsak terselamat dalam kejadian itu. Bagaimanapun, dua pegawai pengiring beliau tercedera dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Wisan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika Kamolsak pulang ke kediamannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai selepas menghadiri proses pengundian perdana menteri baharu di Bangkok.
Menurut beliau, empat lelaki dipercayai telah menunggu mangsa di hadapan kediaman sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan rasmi Ahli Parlimen itu.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pagi Jumaat, beliau berkata siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih sejurus selepas menyerang mangsa.
Wisan berkata polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki suspek, dan keterangan daripada mangsa akan diambil dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Narathiwat
#ahli Parlimen
#Kamolsak Leewamo
#Wisan Rakmak
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan