awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara diketahui 23 Mei

Bernama
Bernama
18/05/2023
10:53 MYT
Keputusan permohonan Siti Bainun tangguh hukuman penjara diketahui 23 Mei
Siti Bainun, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mei untuk keputusan permohonan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun selaku pemohon.
"Saya perlu meneliti hujahan kedua-dua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan pemohon. Saya akan memberikan keputusan pada Selasa ini, jam 2.30 petang," kata hakim itu.
Siti Bainun, 31, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Siti Bainun berhujah bahawa anak guamnya mempunyai penyakit hempedu selain tahap kesihatannya semakin merudum sejak dimasukkan ke dalam penjara pada 3 Mei lepas.
"Kami mohon penangguhan pelaksanaan hukuman ini dapat diberikan kerana semalam pemohon (Siti Bainun) ada mengadu tekanan darahnya meningkat," katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama peguam Mohammad Farhan Maaruf.
Sementara itu, Nor Azizah berkata tiada laporan terperinci yang menyatakan tahap kesihatan Siti Bainun semakin merosot.
"Pemohon telah ditawarkan doktor pakar untuk menerima rawatan namun dia menolak tawaran itu. Tambahan pula, kemudahan rawatan di penjara mencukupi dan jika ada implikasi boleh dirujuk kepada pakar perubatan.
"Oleh itu, tidak timbul isu pemohon tidak mendapat rawatan sewajarnya semasa berada dalam penjara," katanya dan menambah tiada keadaan khas untuk mahkamah membenarkan permohonan itu.
Pada 3 Mei lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Wanita itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tersebut.
Izralizam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes Bella
#Siti Bainun Ahd Razali
#hukuman penjara
#rayuan penangguhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan