awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan SPM 2025: Cerminan usaha kolektif dalam pendidikan negara

Bernama
Bernama
10/04/2026
04:53 MYT
Keputusan SPM 2025: Cerminan usaha kolektif dalam pendidikan negara
kejayaan atau kegagalan dalam SPM perlu dilihat sebagai refleksi kepada usaha bersama dalam memastikan pembangunan potensi anak-anak.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bukan sekadar ukuran gred semata-mata, sebaliknya mencerminkan usaha kolektif pelbagai pihak dalam membangunkan sistem pendidikan negara.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad menegaskan, pencapaian yang diraih pelajar adalah hasil gabungan usaha guru, ibu bapa, komuniti serta kepimpinan pendidikan di semua peringkat.
Menurut beliau, kejayaan atau kegagalan dalam SPM perlu dilihat sebagai refleksi kepada usaha bersama dalam memastikan pembangunan potensi anak-anak.
“Keputusan SPM 2025 menggambarkan usaha kita bersama, daripada guru, pegawai kementerian, ibu bapa, komuniti hinggalah kepada pelajar itu sendiri.
"Jika kita bangga dengan pencapaian ini, maka itulah hasil usaha kita secara kolektif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas analisis keputusan SPM 2025 di Agenda Awani pada Rabu.
Mohd Azam menjelaskan, pendekatan tersebut penting bagi menilai kemajuan pendidikan secara inklusif, termasuk jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar yang kini semakin mengecil.
“Jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar kini semakin kecil, sekitar 0.41.
"Ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan kemudahan dan akses pendidikan yang lebih seimbang,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi menggalakkan budaya ‘ranking’ atau persaingan antara sekolah, sebaliknya memberi penekanan kepada pembangunan menyeluruh pelajar.
“Kita tidak mahu budaya ‘ranking’ dan ‘racing’ ini berterusan. Apa yang penting adalah bagaimana kita meraikan semua anak kita tanpa mengira latar belakang atau jenis sekolah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#SPM
#pendidikan
#Mohd Azam Ahmad
#Agenda Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan