awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan mulakan kajian Fasa 3 vaksin COVID-19 - PM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/11/2020
08:30 MYT
Kerajaan akan mulakan kajian Fasa 3 vaksin COVID-19 - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, vaksin tersebut dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS). - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) bersama China.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, vaksin tersebut dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).
Menurutnya, kajian akan melibatkan 3,000 peserta dan akan menilai keselamatan serta keberkesanan vaksin dibangunkan itu.
“Kajian yang dijangka bermula pada bulan Disember 2020 akan dikendalikan oleh Pertubuhan Kajian Klinikal (CRO) tempatan dan telahpun didaftarkan di dalam Daftar Kajian Perubatan Nasional (NMRR).
“Profil keselamatan vaksin akan diteliti terlebih dahulu oleh NPRA untuk memperoleh Lesen Import Kajian Klinikal (CTIL) dan protokol kajian akan dikaji oleh Jawatankuasa Etika dan Kajian Perubatan (MREC).
“Ia bagi memastikan kajian yang akan dijalankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM,” katanya dalam sidang media secara maya di sini pada Jumaat.
Turut menyertai sidang media itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Tambah Muhyiddin, kajian itu akan melibatkan lapan buah pusat penyelidikan klinikal di bawah seliaan KKM.
“Kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IMBCAMS yang akan berkolaborasi untuk menjalankan kajian klinikal Fasa 3 ini di Malaysia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PM
#Perdana Menteri
#Khairy Jamaluddin
#Adham Baba
#Menteri MOSTI
#MOSTI
#Menteri Kesihatan
#KKM
#China
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#COVID-19
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan