awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum cadang kembali laksana sekatan rentas daerah, negeri - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2021
09:44 MYT
Kerajaan belum cadang kembali laksana sekatan rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penilaian risiko berhubung pergerakan rentas dan daerah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan belum berhasrat untuk kembali melaksanakan sekatan rentas daerah atau negeri walaupun negara menyaksikan peningkatan bilangan kes COVID-19 yang agak tinggi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penilaian risiko berhubung pergerakan rentas negeri dan daerah.
"Kita ada dua pilihan. Sama ada membenarkan rentas daerah dan negeri atau menyekat pergerakan seperti dulu. Dua pilihan... Setakat ini, kita benarkan. Kita tidak ada sekatan lagi.
"KKM masih melakukan penilaian risiko terhadap pergerakan rentas negeri dan daerah ini... terutama di kawasan PKPB.
"Jadi mereka sedang buat kajian. Walaupun sedang mengkaji, saya harap rakyat menjaga keselamatan diri dan keluarga... walaupun dibenarkan bergerak bebas, tetapiperlu melindungi diri dan orang lain," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan menggalakkan mana-mana individu untuk melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum melakukan rentas daerah atau negeri.
"Kita boleh buat ujian saringan COVID-19 sebelum kita keluar (negeri) sebab kalau kita takut menjangkiti orang lain, jadi kita boleh test diri... kita buat swab sebelum keluar kawasan. Kalau kita di kawasan zon merah di Kuala Lumpur, kita nak pergi ke Pahang, kita test dulu.
Topic Berkaitan
#sekatan
#sekatan daerah
#sekatan negeri
#KKM
#ismail sabri yaakob
#pergerakan rentas negeri
#PKPB
#COVID-19
#ujian saringan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan