awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin bekalan makanan asas negara kekal stabil - Akmal Nasrullah

Bernama
Bernama
14/04/2026
10:27 MYT
Kerajaan jamin bekalan makanan asas negara kekal stabil - Akmal Nasrullah
Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan asas negara kekal stabil dan tidak berdepan gangguan bekalan dalam jangka terdekat susulan krisis tenaga global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Gambar fail
Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan asas negara kekal stabil dan tidak berdepan gangguan bekalan dalam jangka terdekat susulan krisis tenaga global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata terdapat lebihan stok bagi beberapa kategori utama, termasuk beras, ayam, telur, sayur-sayuran, ikan, susu dan buah-buahan selain pada masa sama harga makanan tempatan terpilih masih menunjukkan kestabilan hasil pemantauan dan langkah kawalan sedia ada.
“Fokus kerajaan adalah jelas iaitu menjamin bekalan asas, mengurus penggunaan secara berhemat, membendung kesan kenaikan harga mengikut kemampuan fiskal, dan pada masa yang sama membina daya tahan ekonomi negara.
“Kerajaan melihat isu ini bukan hanya sebagai isu minyak, tetapi sebagai isu kos sara hidup, daya tahan rantaian bekalan dan keselamatan ekonomi negara,” katanya pada taklimat krisis tenaga global yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan hari ini.

Akmal Nasrullah bagaimanapun berkata kerajaan mengunjurkan kenaikan harga makanan ternakan sekitar lapan peratus dan baja antara 15 hingga 20 peratus, dengan 63 peratus keperluan baja negara diimport.

Beliau berkata perkembangan itu memberi isyarat tekanan kos berpotensi diterjemahkan kepada harga pengguna sekiranya tidak dikawal lebih awal, justeru tindakan kerajaan perlu bersifat proaktif dan bukan sekadar reaktif.

“Namun, kerajaan mesti jujur bahawa tekanan sedang meningkat pada peringkat kos pengeluaran. Komponen utama seperti diesel, baja dan makanan ternakan merangkumi sekitar 40 peratus input pengeluaran pertanian,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata kerajaan ketika ini sedang mengurus krisis tersebut secara aktif dengan meneliti aspek bekalan dan penggunaan secara serentak.

Katanya, kerajaan telah memulakan langkah awal termasuk memastikan bekalan asas dipantau rapi, mengekalkan sokongan kepada sektor pengangkutan dan logistik kritikal, serta meneliti beberapa langkah tambahan untuk mengurus tekanan kos.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#bekalan makanan asas
#stabil
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan