awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan akan perincikan penggunaan wang royalti minyak - Ahmad Yakob

Bernama
Bernama
16/07/2018
22:12 MYT
Kerajaan Kelantan akan perincikan penggunaan wang royalti minyak - Ahmad Yakob
Perincian tentang penggunaan royalti minyak akan diperincikan PAS, kata Ahmad Yakob.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan membutirkan secara terperinci berhubung penggunaan wang royalti minyak dalam usaha memperkasakan ekonomi penduduk negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Selain itu, beliau berkata sebagai contoh, wang royalti minyak tersebut dapat digunakan untuk menambahbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar syiar Islam terus terpelihara di negeri ini.
"Di samping itu, kita juga tahu bahawa infrastruktur sesuatu yang amat penting untuk rakyat terutama bagi menyokong usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah sempena Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, pada Isnin.
Jumaat lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menyarankan kerajaan negeri membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#ekonomi
#Husam Musa
#Kelantan
#Menteri Besar
#minyak
#Pakatan Harapan
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan