awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM

Bernama
Bernama
02/05/2024
15:57 MYT
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Anwar (kanan) bersama Mohd Nassuruddin (kiri) pada Rumah Terbuka MADANI 2024 peringkat negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung malam ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Beliau berkata Perdana Menteri juga memberi maklum balas yang sangat baik kepada perbincangan berkaitan pembangunan Kelantan dalam pertemuan tertutup hari ini.
"Satu pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai kanan telah diadakan hari ini. Dalam taklimat itu saya telah menyebut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan maklum balas positif terhadap semua yang dibincangkan dan melayan Kelantan sepertimana negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan seperti yang telah dilakukan kepimpinan terdahulu.
"Sejak zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz kita menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan hubungan ini akan diteruskan pada masa saya mentadbir negeri ini.
"Bagi saya berpolitik hanya pada musim pilihan raya. Selepas mandat diberikan kita mestilah memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pegawi kanan
#maklum balas positif
#kepentingan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan