awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited bentang secepat mungkin RUU Anti-Gangguan Seksual - Rina

Bernama
Bernama
22/09/2021
15:55 MYT
Kerajaan komited bentang secepat mungkin RUU Anti-Gangguan Seksual - Rina
Rina berkata bagaimanapun proses ketekunan wajar perlu dilaksanakan dengan teliti dan sememangnya memakan masa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk memastikan Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin bagi menangani isu-isu berkaitan gangguan seksual.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bagaimanapun proses ketekunan wajar perlu dilaksanakan dengan teliti dan sememangnya memakan masa.
Beliau berkata pada masa ini proses semakan, penambahbaikan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sedang giat dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan seterusnya dibentang di Dewan Rakyat.
"Terdapat lagi beberapa isu yang dibangkitkan yang memerlukan penelitian mendalam, antaranya elemen pencegahan dan elemen tanggungjawab sosial untuk memastikan pencegahan gangguan seksual dilaksanakan di organisasi berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata turut diberi perhatian adalah elemen keselamatan terhadap mangsa yang membuat aduan.
Rina berkata kementerian juga mengambil kira pelbagai bentuk gangguan seksual yang boleh berlaku melalui pelbagai medium komunikasi termasuk secara dalam talian dan siber, yang ketika ini ditangani melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).
Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual digubal untuk menambah baik sistem keadilan sedia ada menerusi penubuhan tribunal khusus bagi mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat menggunakan standard pembuktian imbangan kebarangkalian dan pemberian pampasan atau ganti rugi kepada mangsa, katanya.
Beliau berkata draf Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual yang digubal secara kolektif menerusi sebuah pasukan projek khas berhasrat menangani isu-isu gangguan seksual termasuk standard pembuktian yang tinggi.
-- BERNAMA

*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Topic Berkaitan
#Rina Harun
#KPWKM
#Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan