awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited pastikan industri getah Malaysia selaras dengan SDG 2030 - Fadillah

Bernama
Bernama
06/10/2023
15:08 MYT
Kerajaan komited pastikan industri getah Malaysia selaras dengan SDG 2030 - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya secara kerjasama dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memulakan beberapa inisiatif pembangunan mampan dalam rantaian nilai industri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memastikan industri getah Malaysia dapat memenuhi keperluan kemampanan antarabangsa selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya secara kerjasama dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memulakan beberapa inisiatif pembangunan mampan dalam rantaian nilai industri.
Antara inisiatif tersebut ialah Kemampanan Getah Asli Malaysia (MSNR) yang membentuk asas kerangka kemampanan Malaysia bagi getah asli di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996.
"Dalam konteks ini, Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dengan negara pengeluar getah utama melalui platform antarabangsa, memastikan kedua-dua kos pengeluaran dan faktor kemampanan diambil kira dalam perdagangan getah.
"Ini penting dalam menangani isu berterusan ketidaktentuan harga getah global yang memberikan kesan terhadap pendapatan pekebun kecil getah," katanya dalam ucapan beliau pada majlis Makan Malam Malaysian Rubber Exchange (MRE) di sini, malam ini.
Dari segi kebolehcapaian dan pengembangan pasaran, Fadillah berkata kerajaan terus komited untuk menyediakan rangka kerja yang diperlukan dan sokongan ekosistem untuk industri meneroka pasaran baharu bagi getah dan produk getah.
"Saya yakin MRE akan terus memperjuangkan perdagangan dan industri getah Malaysia di peringkat global," katanya
Beliau berkata industri getah kekal sebagai asas kepada landskap perindustrian Malaysia kerana eksport industri getah Malaysia mencecah RM36 bilion, membentuk 2.3 peratus daripada jumlah pendapatan eksport pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri getah Malaysia
#SDG 2030
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan