awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif
Sivasangari tamat kemarau 13 bulan, juara Terbuka Australia
SOP ketat halang warga asing terima rawatan percuma hospital kerajaan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI siap siaga, tangkas hadapi ketidaktentuan global - Nga

Bernama
Bernama
15/03/2026
08:58 MYT
Kerajaan MADANI siap siaga, tangkas hadapi ketidaktentuan global - Nga
Nga berkata ketika harga petrol di negara jiran Singapura meningkat hingga RM10.30 seliter, Kerajaan MADANI tetap menanggung tekanan kos yang tinggi dan memastikan rakyat Malaysia tidak perlu membeli petrol pada harga mahal. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa bersiap siaga dan bertindak tangkas dalam menghadapi ketidaktentuan global dengan melaksanakan pelbagai langkah bagi membantu rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ketika harga petrol di negara jiran Singapura meningkat hingga RM10.30 seliter, Kerajaan MADANI tetap menanggung tekanan kos yang tinggi dan memastikan rakyat Malaysia tidak perlu membeli petrol pada harga mahal.
“Subsidi RON95 di bawah BUDI95 pada harga RM1.99 merupakan inisiatif besar Kerajaan MADANI untuk membantu rakyat. Bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan, Perdana Menteri juga telah mengarahkan menteri dan penjawat awam menangguhkan perjalanan rasmi ke luar negara kecuali bagi urusan yang benar-benar perlu," katanya dalam kenyataan sempena Majlis ulang tahun DAP ke-60 Parlimen Teluk Intan, di Teluk Intan semalam.
Beliau berkata Kabinet juga memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara setiap minggu bagi membincangkan langkah segera dalam menghadapi perubahan pesat situasi antarabangsa.
Nga berkata langkah itu membuktikan di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, negara mampu mengekalkan kestabilan politik dalam menghadapi krisis peperangan global serta meminimumkan kesan terhadap ekonomi.
Beliau turut berkongsi pelbagai pencapaian Kerajaan MADANI dalam tempoh tiga tahun yang lepas, antaranya mata wang ringgit menjadi mata wang terbaik di Asia dan kadar pengangguran negara menurun kepada paras terendah iaitu 2.9 peratus dalam tempoh 11 tahun.
“Sempena Tahun Melawat Malaysia, Malaysia dijangka menarik seramai 47 juta pelancong dari seluruh dunia. Semua ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia menerusi kerajaan MADANI,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata majlis berkenaan yang bertemakan “Kekalkan Harapan, Demi Teluk Intan” menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran ribuan penduduk.
Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas sokongan yang diberikan oleh penduduk tempatan sepanjang majlis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Barat
#Global
#Kerajaan Madani
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan