awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mansuhkan subsidi menyeluruh secara berperingkat - Rafizi

Bernama
Bernama
26/06/2023
08:33 MYT
Kerajaan mansuhkan subsidi menyeluruh secara berperingkat - Rafizi
Rafizi berkata, peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.
"Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya.
"Saya berasa amat lega kerana kita telah mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu. Bagi subsidi elektrik ia telahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan," katanya.
Rafizi berkata demikian pada sesi peringkat menteri mengenai "Policies and Pathways for Sustainable Asia" di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi Malaysia
#mansuh
#Rafizi Ramli
#subsidi bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan