awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Sembilan pertimbang pelaksanaan bekerja dari rumah - Aminuddin

Bernama
Bernama
01/04/2026
08:32 MYT
Kerajaan Negeri Sembilan pertimbang pelaksanaan bekerja dari rumah - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan sedia mempertimbangkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) pada peringkat pentadbiran negeri ini sebagai langkah menjimatkan penggunaan bahan api, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Negeri Sembilan sedia mempertimbangkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) pada peringkat pentadbiran negeri ini sebagai langkah menjimatkan penggunaan bahan api, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata pada masa ini, pihaknya sedang mengumpulkan data jumlah pekerja yang tinggal di luar Negeri Sembilan bagi membolehkan pihak pentadbiran mengambil langkah seterusnya sebelum BDR dilaksanakan.
“Kita sedang kaji bilangan mereka yang duduk di luar Negeri Sembilan, tetapi bekerja di Negeri Sembilan. Jika bilangan terlalu ramai, kita pertimbangkan adakan (BDR) dan akan buat keputusan secepatnya.
“Setakat ini, kita bersedia mempertimbangkan dengan melihat jabatan yang terlibat, jika jabatan itu agak kritikal, kita tidak benarkanlah, apa-apa pun tunggu data yang diterima kerana masih dalam peringkat perancangan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja yang lebih anjal seperti pelaksanaan BDR secara berperingkat bagi penjawat awam untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia berikutan krisis tenaga global.
Sementara itu, Aminuddin berkata paras air di tujuh empangan utama di negeri ini masih berada dalam keadaan baik dan terkawal meskipun sebelum ini cuaca dilaporkan panas berpanjangan.
Dalam perkembangan berasingan, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan negeri berkata setakat ini, sebanyak 300 individu mengikuti program bimbingan dan advokasi akidah yang dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi memulihkan pegangan mereka kepada ajaran Islam sebenar berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.
Beliau berkata penyebaran ajaran sesat di negeri ini terus dipantau secara aktif sejak 2020, dengan beberapa ajaran dikesan masih bergerak secara tertutup serta menyasarkan individu yang lemah asas pengetahuan agama.
“Bagaimanapun, ajaran tersebut bukan hanya tertumpu di negeri ini semata-mata, sebaliknya Negeri Sembilan menjadi laluan strategik bagi kumpulan ajaran sesat ini dan sebagai tempat persinggahan selepas mereka dikenakan tindakan atau difatwakan sesat di negeri lain,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, 12 kes didakwa di mahkamah dan ada yang telah selesai dijatuhi hukuman serta dibebaskan.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebelum ini telah memfatwakan beberapa ajaran sebagai sesat termasuk Golongan Anti Hadis, Tapediri 65 (Ba Tha Mim 114), Hizbut Tahrir, perbomohan Ibrahim Mat Zin, Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Al-Fatihah, dan Millah Abraham.
Dalam pada itu, beliau bekata kerajaan negeri melalui JHEAINS akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan sebarang bentuk penyelewengan akidah dapat dibendung lebih awal.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai supaya memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau ajaran yang meragukan atau bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah, demi menjaga kesucian akidah umat Islam di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Bekerja Dari Rumah
#jimat
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan