awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pastikan bekalan bahan api, asas mencukupi demi kelangsungan ekonomi

Bernama
Bernama
09/04/2026
16:16 MYT
Kerajaan pastikan bekalan bahan api, asas mencukupi demi kelangsungan ekonomi
Kerajaan memberi tumpuan dalam memastikan bekalan bahan api dan bahan asas mencukupi bagi membolehkan kegiatan ekonomi diteruskan, kata Akmal Nasrullah. - Gambar Bernama
Kerajaan memberi tumpuan dalam memastikan bekalan bahan api dan bahan asas mencukupi bagi membolehkan kegiatan ekonomi diteruskan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata, isu bekalan bahan api merupakan cabaran terbesar berikutan krisis tenaga global dan keutamaan negara adalah untuk memastikan bekalan berkenaan adalah mencukupi.
“Meneliti pandangan seperti Bank Dunia, kita tahu bahawa krisis yang berlaku ketika ini adalah isu bekalan.
“Oleh itu, segala kekuatan yang ada itu sepatutnya tertumpu kepada menjamin (ketersediaan) bekalan bahan api dan bahan asas untuk membolehkan kegiatan ekonomi ini terus ada,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebelum menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Mendepani Krisis Tenaga Global: Ikhtiar Perkukuh Ketahanan Ekonomi’ pada malam tadi.
Menyentuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa bekalan bahan api Malaysia mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun, Akmal Nasrullah percaya Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang berusaha bagi kesinambungan bekalan selepas tempoh itu.
“Pada masa sama, kita juga meneliti adanya trend di kebanyakan negara yang mula melihat (semula) keperluan domestik. Saya menjangkakan ada negara yang akan melihat hubungan (diplomasi) lebih kepada seperti sistem barter (pertukaran barangan).
“Itu akan menjadi antara strategi perlu diteliti untuk memastikan bahawa kepentingan negara ini terjamin melalui hubungan dengan negara-negara lain,” katanya.
Bercakap dalam program itu, Akmal Nasrullah menyifatkan krisis tenaga global turut membolehkan kerajaan menggerakkan inisiatif-inisiatif seperti penggunaan biodiesel dan sebagainya.
“(Kita tidak mahu melihat biodiesel hanya) antara alternatif dan dilupakan apabila krisis mulai reda.
“Itu antara cabaran untuk mengubah keadaan itu supaya kita proaktif bukan sahaja dalam mendepani krisis (ketika ini), tapi memastikan daya tahan (biodiesel) yang lebih lama,” katanya.
-- BERNAMA
KERAJAAN PASTIKAN BEKALAN BAHAN API, ASAS MENCUKUPI DEMI KELANGSUNGAN EKONOMI
Topic Berkaitan
#krisis tenaga global
#tenaga
# Akmal Nasrullah Mohd Nasir
# Petronas
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan