awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
29/01/2022
15:07 MYT
Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ia bagi memastikan insiden jemaah yang tidak menerima vaksin atau penipuan sijil vaksin COVID-19 sepertimana yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang.
"Saya difahamkan, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memanggil pengusaha umrah untuk berbincang bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
"Sebelum ini kerajaan terpaksa menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bagi menyelesaikan perkara berbangkit berkaitan peningkatan mendadak varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah yang kembali dari Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata.
"Mengerjakan umrah bukanlah sekadar untuk mendapat gelaran semata-mata tetapi keredaan Allah SWT dan tidak mahu terpalit dengan unsur penipuan," katanya.
Rabu lepas, Kabinet memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP umrah
#Ahmad Marzuk Shaary
#sijil vaksinasi
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan