awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perincikan cadangan letak perniagaan karbon di bawah KPK - Fadillah

Bernama
Bernama
30/06/2023
08:36 MYT
Kerajaan perincikan cadangan letak perniagaan karbon di bawah KPK - Fadillah
Fadillah berkata usaha meletakkan perniagaan karbon di bawah KPK juga dijangka akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan perubahan kementerian. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUCHING: Kerajaan sedang memperincikan cadangan untuk meletakkan aktiviti perniagaan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga menteri KPK berkata buat masa ini, segala isu berkaitan dengan karbon berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"Sekarang ini kerajaan sedang berbincang sama ada mungkin kita dapat pisahkan usaha penyimpanan karbon dan carbon trading untuk diletakkan di bawah KPK.
"Ini juga selari dengan ketetapan diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa karbon adalah satu komoditi, ini sedang diperincikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ibadah korban di sini, hari ini.
Fadillah berkata usaha meletakkan perniagaan karbon di bawah KPK juga dijangka akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan perubahan kementerian.
"Di peringkat Kerajaan Persekutuan juga kita sedang membincangkan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berhubung perniagaan karbon," katanya.
Pada 27 April lalu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata karbon merupakan satu komoditi yang boleh diniagakan, sehubungan itu beliau mencadangkan agar ia diletakkan di bawah KPK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perniagaan karbon
#perundangan khusus
#KPK
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan