awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Serangan Israel di Semenanjung Gaza ragut nyawa 21,000 kanak-kanak Palestin, 44,000 cedera
Kemudahan Internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang guna sistem modular percepat pembinaan sekolah

Astro AWANI
Astro AWANI
18/03/2026
04:14 MYT
Kerajaan pertimbang guna sistem modular percepat pembinaan sekolah
Ahmad berkata, Sistem Pratuang Modular (MPS) sedang diperkenal dan dilihat berpotensi besar dalam industri pembinaan negara. - Gambar fail
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan sistem pembinaan modular sebagai pendekatan masa depan bagi mempercepat pelaksanaan projek khususnya infrastruktur pendidikan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Sistem Pratuang Modular (MPS) sedang diperkenal dan dilihat berpotensi besar dalam industri pembinaan negara.
Beliau berkata bagaimanapun, penggunaan MPS ketika ini masih di peringkat kajian dan percubaan.
“Sistem itu membolehkan struktur bangunan disiapkan lebih awal di kilang sebelum dipasang di tapak seperti konsep penyambungan modul.
“Contohnya macam bilik darjah… disambung-sambungkan, kalau ada enam, jadi enam bilik darjah... tiga hingga empat bulan sudah siap,” katanya selepas meninjau projek pembinaan Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan Kuching di sini hari ini.
Ahmad berkata pendekatan itu mampu mempercepat pembinaan berbanding kaedah konvensional sekali gus membantu menangani isu kekurangan bilik darjah di sekolah padat.
Beliau berkata setakat perancangan semasa, pendekatan itu akan memberi tumpuan kepada pembinaan bilik darjah tambahan sebagai projek perintis.
Katanya jika terbukti berkesan, sistem modular berpotensi diperluas ke projek pembinaan lain pada masa hadapan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Jabatan Kerja Raya kini mengendalikan 1,492 projek pendidikan di seluruh Malaysia bernilai RM37.98 bilion termasuk 77 di Sarawak (RM4.13 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem pembinaan modular
#Ahmad Maslan
#pembinaan sekolah
#KKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan