awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang

Bernama
Bernama
16/02/2025
20:47 MYT
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
Keadaan Resort Pulau Petang di Kuala Berang yang rosak dan terbengkalai dilihat semasa lawatan pada 16 Feb 2025. --fotoBERNAMA
KUALA BERANG: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah menyalurkan peruntukan RM16 juta kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk pembaikan semula kemudahan di Pulau Petang, Tasik Kenyir, di sini.
Pengerusi KETENGAH Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
"Kita akan bangunkan dan baiki semula 50 unit bilik resort di pulau ini yang terbengkalai dan akan gunakan tenaga solar. Jambatan ke santuari kelah yang telah rosak sejak beberapa tahun lepas juga akan dibaiki, selain membina rumah bot kelas medium.
"Kita juga merancang menanam pokok durian Musang King yang akan diambil dari Raub, Pahang. Kalau banyak (hasilnya) kita boleh komersialkan tetapi jika tidak, ia boleh dihidangkan kepada pengunjung," katanya kepada pemberita selepas melawat pulau berkenaan, di sini semalam.
Ahmad berkata projek berkenaan dijangka bermula pertengahan tahun ini dan bakal mengambil masa antara lapan hingga 12 bulan untuk disiapkan.
Bekas Menteri Besar itu berkata pulau berkenaan berkeluasan lapan hektar dan fasiliti di situ pernah digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk kursus dan mesyuarat exco kerajaan negeri.
Menurut beliau meskipun pulau berkenaan berada di bawah milikan KETENGAH, namun agensi itu dan kerajaan negeri boleh bekerjasama dalam mengekalkan keindahan pulau berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketengah
#Pulau Petang Tasik Kenyir
#Kontraktor
#resort
#baik pulih kemudahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan