awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rangka strategi untuk perkasakan Orang Asli - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/09/2021
04:58 MYT
Kerajaan rangka strategi untuk perkasakan Orang Asli - Mustapa
Mustapa berkata, fokus kerajaan bukan sahaja berupaya meningkatkan ekonomi, tetapi pendidikan serta taraf hidup Orang Asli. - Gambar fail
GUA MUSANG: Kerajaan memandang serius masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli khususnya untuk menangani kadar kemiskinan dalam kalangan mereka yang masih tinggi.
Susulan itu, kerajaan sedang merangka beberapa strategi melalui program tertentu untuk memperkasa Orang Asli agar lebih berdaya saing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fokus kerajaan bukan sahaja berupaya meningkatkan ekonomi, tetapi pendidikan serta taraf hidup Orang Asli.
Menurutnya, strategi berkenaan akan digunakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk melonjakkan lagi sosioekonomi Orang Asli.
"Pos Gob ini satu kawasan terpencil dan kalau kita lihat sebelum UKM masuk ke sini tidak ramai anak-anak Orang Asli yang ke sekolah.
"Tetapi kementerian menambah minat mereka untuk ke sekolah. Ini satu contoh yang baik. Kita kena gunakan model ini dalam RMK12 model ini boleh kita gunakan.
"Model perkongsian pintar antara tiga pihak iaitu Jakoa, Universiti dan swasta. Model ini ada satu dua kawasan lagi di tapah umpamaanya di kampung Orang Asli yang mana di sana ada kawasan pelancongan juga dan kerajaan menyediakan peruntukan untuk menghidupkan semula sektor," katanya selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Nor.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, perkampungan Orang Asli paling jauh di negeri Kelantan, Pos Gob berpotensi dimajukan sebagai kawasan pusat eko-pelancongan yang mampu menarik pelancong luar serta dalam negara.
Katanya, Pos Gob mempunyai keindahan alam semula jadi seperti sungai, hutan dan air terjun berupaya meningkatkan ekonomi serta taraf hidup Orang Asli.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamad
#ekonomi
#Orang Asli
#taraf hidup
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan