awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2021
04:02 MYT
Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu diberikan kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah.
Turut menerima bantuan khas itu ialah pihak berkuasa berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.
"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 7 Mei 2021.
"Pemberian ini adalah bagi menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19 di Sabah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Semalam, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Kepada pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Kenyataan media Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Kenyataan media Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Topic Berkaitan
#Bantuan kewangan Aidilfitri
#bonus raya
#bonus raya Sabah
#bonus raya 2021
#Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan