awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angkat syarikat korporat, GLC - Fahmi

Bernama
Bernama
19/03/2025
11:45 MYT
Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angkat syarikat korporat, GLC - Fahmi
Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan 500 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sasaran tersebut ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata sehubungan itu mekanisme bagi melaksanakan inisiatif berkenaan akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
"Sekiranya ada syarikat swasta yang berhasrat untuk menjadikan mana-mana sekolah sebagai sekolah angkat, mereka boleh berhubung dengan pihak KPM," katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah bersetuju untuk mengambil 20 sekolah sebagai sekolah angkat.
Rabu lepas Perdana Menteri menyarankan agar syarikat korporat dan GLC melaksanakan inisiatif sekolah angkat bagi membantu membangunkan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Anwar berkata bantuan daripada syarikat korporat dan GLC dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan penyediaan infrastruktur di institusi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah angkat
#GLC
#syarikat korporat
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan