awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sekat kemasukan pemegang Pas Jangka Panjang dari India, Indonesia dan Filipina

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
01/09/2020
07:25 MYT
Kerajaan sekat kemasukan pemegang Pas Jangka Panjang dari India, Indonesia dan Filipina
Menurut Ismail Sabri, keputusan sekatan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes yang mendadak di negara-negara terbabit. - Gambar fail
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 September ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pada Selasa.
Ismail Sabri menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes yang mendadak di negara-negara terbabit.
"Sekatan ini merangkumi yang pertama, penduduk tetap iaitu warganegara asing yang lama duduk sini dapat PR balik ke negara mereka dan nak balik sini, kita tidak benarkan.
"Kalau dulu kita benarkan, pemegang pas Malaysia My Second Home, untuk ketiga-tiga negara ini kita tidak benarkan.
"Ekspatriat semua kategori temasuk Profesional Visit Pass untuk tiga negara ini juga kita tidak benarkan.
"Pasangan kepada warganegara Malaysia serta anak-anak mereka yang sebelum ini kita benarkan tetapi untuk tiga negara ini juga tidak benarkan.
"Begitu juga pelajar dari India, Indonesia dan Filipina yang mahu kembali ke sini, kita tidak benarkan," katanya pada sidang media khas hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan membuat keputusan tersebut atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekan penularan dalam negara oleh kes-kes import COVID-19.
Walaubagaimanapun bagi negara-negara lain, kerajaan masih membuat kajian sebelum membuat keputusan termasuk negara yang bakal mengalami musim sejuk.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Filipina
#India
#Indonesia
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#Pas Jangka Masa Panjang
#sekat
#warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan