awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah, Sarawak - Anwar

Bernama
Bernama
18/01/2023
07:22 MYT
Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah, Sarawak -  Anwar
Perdana Menteri berkata mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif. - Fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, beliau berkata perkara itu merupakan antara cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut.
"Dikemukakan juga cadangan mengenai penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Kita berikan sedikit keutamaan terutamanya penambahan jawatan-jawatan kerana meningkatnya kes-kes di Sabah dan Sarawak," kata beliau.
Institusi Mahkamah | Kerajaan setuju tambah jawatan hakim Mahkamah Tinggi di Sabah & Sarawak
Anwar berkata proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri masing-masing.
"(Kalau) ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan (pelantikan) kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.
Perdana Menteri berkata mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Mahkamah Tinggi
#Anwar Ibrahim
#Sabah dan Sarawak
#mesyuarat Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan