awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Terengganu umum bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir

Bernama
Bernama
10/01/2017
15:26 MYT
Kerajaan Terengganu umum bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
Kerajaan Terengganu akan memberikan bantuan sekali beri berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga yang dilanda bencana banjir di negeri itu. - fotoBERNAMA
Kerajaan Terengganu akan memberikan bantuan sekali beri berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga yang dilanda bencana banjir di negeri itu baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata bantuan itu, masing-masing RM500 daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat diberi bagi mengurangkan beban mangsa akibat kehilangan harta benda dalam bencana berkenaan.
"Bantuan itu akan diberi sebaik sahaja senarai lengkap diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam masa terdekat. Bantuan tersebut akan diterima setiap keluarga di lapan daerah yang dilanda banjir baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja akhir pembinaan pusat perniagaan PMINT Square di sini hari ini.
Ahmad Razif bagaimanapun berkata walaupun Terengganu telah diisytiharkan pulih daripada banjir selepas semua pusat pemindahan ditutup semalam, kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan.
"Kita akan memastikan semua pangkalan hadapan terus dilengkapi dengan segala kemudahan," katanya.
Ini berikutan ramalan Jabatan Meteorologi yang menjangkakan musim monsun akan berterusan sehingga Mac ini.
"Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada semua agensi negeri dan persekutuan yang diselaraskan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertungkus lumus memastikan segala proses pemindahan penduduk terjejas dan pusat pemindahan berjalan lancar.
"Pada masa sama, kerajaan negeri sedang menilai kerosakan jalan raya, jalan pertanian termasuk premis kediaman bagi menyediakan peruntukan untuk membaik pulih," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan