awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme - PM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/02/2026
04:56 MYT
Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak  rasisme - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan terpaksa mengambil pendirian tegas bagi terus mempertahankan perpaduan nasional dan menolak rasisme yang menggugat keharmonian negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, sebarang fahaman perkauman sempit tidak boleh dibiarkan kerana ia mampu merosakkan keharmonian serta kestabilan negara.
Beliau menegaskan, isu rasisme bukanlah perkara baharu kerana sejak sebelum kemerdekaan lagi, pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman pernah bertegas dalam memperjuangkan kerjasama merentas kaum.
“Malah Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1961 turut mengingatkan mengenai cabaran besar negara ketika itu, termasuk ancaman ideologi dan komunalisme yang boleh memecah-belahkan rakyat.
“Beliau (Tun Razak) ada menyebut mengenai cabaran utama negara ketika itu, 3C iaitu komunisme, korupsi dan komunalisme yang merosakkan semua bangsa di tanah air ini.
“Ini peringatan awal yang Malaysia tidak akan berjaya jika rakyat terus berpecah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, pada Selasa.
Tambah Anwar lagi, peringatan tersebut kekal relevan sehingga hari ini, terutama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang berdepan pelbagai perbezaan latar belakang, budaya dan agama.
“Jika Malaysia mahu berjaya, kita harus menerima yang ada masalah dan perbezaan, tetapi kita mesti bekerja menyelesaikannya sebagai satu keluarga besar Malaysia,” ujarnya.
Justeru itu beliau berkata, kerajaan kadangkala perlu mengambil pendirian tegas bagi melindungi kepentingan masyarakat keseluruhan serta memastikan kerjasama antara kaum terus diperkukuh.
“Itulah sebabnya kadang-kadang kerajaan perlu tegas untuk melindungi keperluan masyarakat supaya semangat bekerjasama itu dapat dipertahankan,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan negara hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak berganding bahu, menolak ekstremisme dan memberi tumpuan kepada pembangunan bersama demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Anwar Ibrahim
#perpaduan kaum
#rasisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan