awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak teragak-agak batal permit nelayan yang ingkar syarat pelesenan

Bernama
Bernama
04/11/2017
09:32 MYT
Kerajaan tidak teragak-agak batal permit nelayan yang ingkar syarat pelesenan
Sehingga kini, daripada 1,100 permit nelayan laut dalam yang dikeluarkan, 190 daripadanya sudah dibatalkan kerana kegagalan mematuhi syarat perlesenan. - Gambar hiasan
Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membatalkan permit nelayan tempatan yang sewenang-wenangya menyewakan permit menangkap ikan mereka kepada nelayan asing.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana kegiatan sedemikian sudah termaktub menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mematuhi syarat pelesenan.
"Kalau tidak berminat, serahkan permit itu semula kepada Jabatan Perikanan, tapi kalau sudah salah guna permit kita tak ada pilihan selain tarik balik dan mengenakan kompaun serta mendakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Kuala Kedah dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan bahawa terdapat segelintir nelayan dan pengusaha bot nelayan tempatan yang menyewakan permit menangkap ikan mereka kepada nelayan asing sehingga mengakibatkan kerugian hasil laut berbilion ringgit
Katanya, sehingga kini, daripada 1,100 permit nelayan laut dalam yang dikeluarkan, 190 daripadanya sudah dibatalkan kerana kegagalan mematuhi syarat perlesenan.
Sehubungan itu beliau mahu mereka yang terlibat agar menghentikan aktiviti haram itu memandangkan keuntungan yang diperoleh tidaklah sebanyak manapun.
"Kita mahu nelayan menggunakan sebaiknya permit ini, bukannya dengan menyewakannya kepada nelayan asing, perkara ini memang berlaku sedikit sebanyak," katanya.
Sementara itu beliau memberi jaminan bahawa bekalan ikan sepanjang musim tengkujuh adalah mencukupi untuk kegunaan pasaran tempatan.
Katanya, ini kerana Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) mempunyai stok bekalan ikan sebanyak 200 tan yang ditempatkan di bilik sejuk dengan suhu sehingga -20 darjah celcius yang mampu bertahan sehingga dua tahun.
"NEKMAT turut mengimport bekalan ikan dari luar negara seperti Thailand, Bangladesh, Pakistan sekiranya bekalan ikan dilihat semakin berkurangan," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bot
#haram
#nelayan
#Pakistan
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan