awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tubuh pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan gelombang kedua - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/12/2021
05:02 MYT
Kerajaan tubuh pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan gelombang kedua - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas program gotong-royong Keluarga Malaysia di sekitar Hulu Langat hari ini. - Foto BERNAMA
HULU LANGAT: Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas pasca banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas melakukan lawatan ke Hulu Langat pagi tadi.
"Kita lihat kerja pasca banjir ni lebih rumit kerana yang memerlukan koordinasi bantuan yang betul-betul lengkap dan sempurna. Saya setuju wujudkan pasukan petugas khas pasca banjir dan persediaan kalau berlaku gelombang kedua.
“Ramalan kaji cuaca memaklumkan kemungkinan akan berlaku hujan lebat semula," katanya selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di sini hari ini.
Pasukan itu katanya akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan akan dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan seperti PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengadakan mesyuarat pertamanya seawal esok.
Ia katanya bagi memastikan bantuan pasca banjir ketika ini dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan teratur.
Dalam masa yang sama Perdana Menteri turut mengingatkan agar tiada lagi karenah birokrasi yang menyukarkan mangsa-mangsa banjir mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Pasca Banjir | PM umum beberapa insentif untuk mangsa banjir
Sementara itu, Ismail Sabri berkata antara perkara yang akan dibincang dan diputuskan oleh pasukan petugas khas itu ialah koordinasi pelaksanaan proses pembersihan rumah dan kediaman, serta mekanisme pemberian wang bantuan ihsan banjir agar cepat sampai kepada penerima terjejas, yang menjadi keutamaan pada ketika ini.
"Saya juga menyeru kepada agensi dan jabatan berkaitan yang menguruskan bantuan tunai perlu mempermudahkan proses pemberian bantuan dan menghapuskan kerenah birokrasi, mereka dah susah, jangan susahkan mereka lagi," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Jumlah mangsa banjir di PPS di 5 negeri terus menurun
Katanya lagi, pasukan petugas khas tersebut juga akan mencari penyelesaian pengurusan sisa pepejal hasil dari kemusnahan akibat banjir.
Katanya setakat ini kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyediakan insinerator bergerak, yang akan melupuskan sisa pepejal secara 'insitu' tanpa asap dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Selain itu katanya, kerajaan juga sedang mengumpul data jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir besar yang melanda negeri Selangor Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#pasukan petugas khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan