awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
06/02/2017
22:00 MYT
Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam
SUBRAMANIAM: Caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik kekal. - Gambar fail
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberi jaminan bahawa caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik-klinik kesihatan seluruh negara kekal.
Menegaskan dakwaan di media sosial kononnya caj rawatan pergigian untuk pesakit kelas tiga dan pesakit luar telah meningkat adalah tidak benar, beliau berkata orang ramai yang menjalani rawatan pergigian akan terus menikmati caj rendah pada kadar subsidi amat tinggi dibiayai kerajaan.
Pesakit, katanya, hanya perlu membayar RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi, RM2 bagi caj tampalan gigi dan RM1 untuk mencabut gigi.
"Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan kepada rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini pada Isnin.
Dr Subramaniam menjelaskan semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit kelas satu dan dua.
Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan perlu membiayai kadar subsidi yang tinggi ekoran peningkatan kos rawatan dan ubat pada setiap tahun.
"Seperti jumlah caj yang tercatat pada resit bayaran di hospital kerajaan, orang ramai tidak bayar kadar sebenar kerana telah disubsidikan atau perlu bayar bayaran yang sangat rendah dan ramai tidak tahu bahawa kerajaan yang menanggung segala kos itu," katanya.
Mengulas mengenai kes Rotavirus di Kedah, Dr Subramaniam berkata tiada penutupan kawasan rekreasi atau riadah ekoran penyakit kes itu namun menasihati orang ramai agar tidak melawat kawasan-kawasan terbabit.
"Kita sedang melakukan siasatan dan akan mengeluarkan keputusan dalam masa terdekat," katanya.
Kedah mencatatkan 11 kes terbaharu jangkitan virus Rotavirus melibatkan kanak-kanak dan remaja, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes jangkitan direkodkan di hospital di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr S.Subramaniam
#gigi
#kesihatan
#Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan