awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana kekasih alam maya, wanita di Sibu rugi lebih RM150,000

Bernama
Bernama
14/12/2022
07:52 MYT
Kerana kekasih alam maya, wanita di Sibu rugi lebih RM150,000
Orang awam diingatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan 'love scam' yang mencari mangsa menerusi laman sosial. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang wanita berusia 44 tahun mengalami kerugian sebanyak RM152,050 selepas terpedaya dengan cinta maya (love scam) seorang individu dikenalinya menerusi Facebook sejak awal Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek menghubungi wanita terbabit menggunakan aplikasi WhatsApp pada 8 Oktober lepas, memaklumkan dia telah ditahan pihak Imigresen kerana membawa mata wang Britain dalam kuantiti yang banyak.
"Atas dasar percaya dan kasihan, mangsa telah membuat 27 transaksi pindahan wang dari 10 Oktober hingga 5 Dis ke dua akaun berbeza yang diberikan suspek bagi tujuan bayaran untuk menolong 'kekasihnya' itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata mangsa yang menyedari telah ditipu selepas meragui bayaran tersebut kemudiannya menghubungi rakannya sebelum membuat laporan polis pada 8 malam, semalam.
Sementara itu, Zulkipli menasihati orang awam agar berhati-hati dengan sindiket penipuan 'love scam' serta mengingatkan mereka agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu daripada seseorang yang hanya dikenali di laman sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Sibu
#love scam
#kerugian wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan